Bab maklumat dan data berkaitan kajian ini. 2.1

Bab inimembincangkan tentang beberapa sub tajuk yang berkaitan dengan kajian ini.

Tinjauan literatur ataupun sorotan kajian amat penting dalam melaksanakansesuatu kajian supaya dapat menimba ilmu yang mendalam. Menurut pendapat Chua(2016), kajian literatur adalah suatu pembuatan terhadap rujukan kritikal dansistematik ke atas dokumen-dokumen yang mengandungi maklumat, idea, data dankaedah memperoleh maklumat yang berkaitan dengan tajuk kajian yangdilaksanakan. Penyelidik telah membuat rujukan daripada pelbagai sumber yangmengandungi maklumat dan data berkaitan kajian ini.   2.1 Teknologi Maklumat dan Komunikasi Teknologi MaklumatDan Komunikasi (TMK) sedang berkembang dengan pesat serata dunia dalam semuabidang.

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

  Menurut Kamus Dewan EdisiKeempat, Teknologi Maklumat Dan Komunikasi ialah teknologi yang berkaitan denganpemerolehan, penyimpanan, pemprosesan dan penyebaran maklumat melaluipenggunaan teknologi komputer dan tele-komunikasi. Seterusnya, laudon danlaudon (1997) turut menyatakan TMK merangkumi komponen-komponen yang bersepaduyang mengumpul dan menyimpan maklumat bagi membantu organisasi untuk membuatkeputusan, merancang, mengawal dan menganalis. Manakala, Senn (1998) menyatakanbahawa TMK melibatkan tiga komponen iaitu komputer, komunikasi dan tahumenggunakannya. Seeorang manusia atau sesebuah organisasi berpeluang untuk menjadilebih produktif, berkesan dan berjaya jika menggabungkan ketiga-tiga komponanyang dikatakan tadi. TMKmerangkumi pelbagai teknologi yang disepadukan untuk memperoleh, menyimpan danmenyebarkan maklumat dalam pelbagai bentuk seperti teks, suara, imej, grafik,animasi dan sebagainya menggunakan alat-alat elektronik (Aliza,2004).

Inibersamaan dengan pendapat Abdul Razak, Yazrina, Mohd Shanudin & Mohd Zambri(2000) yang menyatakan bahawa TMK merangkumi apa jua alatan elektronik yangmembenarkan pengguna menyimpan, menghubung, memproses, mencipta danmenyampaikan maklumat.2.1.1       Kepentingan Teknologi Maklumat dan Komunikasi TMK adalah suatubentuk digital yang menyimpan dan menyebarkan maklumat dengan menggunakanpelbagai alatan elektronik supaya lebih produktif, berkesan dan berjaya dalamsemua bidang. TMK dibina berdasarkan tiga prinsip utama iaitu pengetahuan dankemahiran menggunakan komputer, keupayaan memahami kandungan media sertakemampuan menggunakan teknologi digital.

Hal ini menjadi lebih menarik danmemainkan peranan penting dalam menjadikan objektif sesuatu matapelajaran dapatdicapai dengan lebih cepat dan efisien jika menggunakan alatan TMK sebagaimedium untuk proses pengajaran dan pembelajaran. TMKmempunyai potensi untuk melahirkan persekitaran pendidikan yang boleh menyokongproses pengajaran dan pembelajaran mendalam dan penciptaan pengetahuan. Hal inidapat disokong melalui pernyataan Bransford (1999) iaitu teknologi berupayamencetuskan ciri-ciri pembelajaran secara autentik.

Antara ciri-cirinya adalahpenggunaan TMK berupaya menyediakan perencah serta bahan untuk meningkatkankemahiran pembelajaran, memberikan peluang murid dan guru untuk maklum balasmelalui pencartaan data yang sahih dan memperluaskan peluang-peluang untuk gurumempertingkatkan mutu pengajaran melalui maklum balas murid. Habermas (1970)pula menyatakan bahawa TMK dapat mewujudkan potensi bagi murid untukberkomunikasi dan berkongsi bahan melalui perbincangan yang teratur dan dibawah bimbingan seseorang guru. Butler(1993) mengatakan bahawa TMK sebagai sebuah alat konstruktif yang memudahkan prosespengajaran dan pembelajaran murid secara autentik dan inklusif. Kerajaan telahmenitikberatkan kepentingan TMK dalam Pendidikan melalui pembelajaran maya dibawah 1Bestarinet yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Padamasa kini, pembelajaran maya telah memainkan peranan yang penting dan menjadibahan pengajaran dan pembelajaran yang penting. Melalui 1Bestarinet setiap gurudan murid dibekalkan dengan nama pengguna dan kata laluan masing-masing supayamereka dapat belajar mengikut cara pembelajaran tersendiri. Melalui Kajian yangdilaksankan oleh Norazilawatiet al, (2013) mendapati bahawa guru telah mengakuiterdapat banyak kebaikan penggunaan pembelajaran maya dalam proses pengajaran.Proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih mudah dan mampu meningkatkanmotivasi guru untuk mengajar dan juga murid untuk belajar.

 Dapatanini selari dengan dapatan kajian Mohamad Azmi (2013) yang mendapati guru dapatmengikuti latihan berkaitan penggunaan Frog VLE. Melalui pembelajaran maya iniguru-guru mendapat motivasi dan inspirasi bagi meneruskan kaedah pengajaranbaru dan membantu memberi kemahiran kepada murid-murid dengan berkesan dalam teknologidan pembelajaran. Kemahiran yang diperoleh oleh guru dan murid ini banyakmembantu pelaksanaan pembelajaran menggunakan aplikasi selari dengan kehendaktransformasi dalam pendidikan. KajianDinyati (2011) menyatakan bahawa penggunaan TMK dalam pengajaran danpembelajaran dalam kalangan guru Pendidikan Islam telah meningkatkan tahap keminatanmereka, sokongan pentadbir dan juga keyakinan terhadap diri sendiri dan jugadalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hannafin (1999) dalam kajiannyamenyatakan bahawa kekurangan persediaan guru untuk membangunkan pengajaran yangberbantukan komputer yang boleh memberi impak pembelajaran menjadikanpengajaran guru kurang berkesan. Kajian Ambigapathy dan Suthagar (2003)membuktikan bahawa persepsi dan sikap guru sememangnya positif terhadappenggunaan teknologi maklumat dalam pendidikan.

76.67% guru bersetuju bahawaTMK merupakan alat bantu mengajar yang efektif.  KajianNor Fadila Mohd Amin dan Chiew Kai Wan (2010) menyatakan bahawa para guru mempunyaipersepsi yang positif terhadap penggunaan perisian Kemahiran Hidup dalampengajaran yang melibatkan kemahiran asas TMK. Ia turut disokong oleh kajianNoor Adzhar Zain (2000) yang menyatakan keyakinan guru-guru yang mengajarmatapelajaran Kemahiran Hidup dalam menggunakan komputer sebagai bahan bantumengajar menunjukkan sikap positif. Beliau membuktikannya dengan maklum balasguru yang bersetuju sebanyak 77.6%. Hasilkajian Saad Al Kahtani (1999) membuktikan penggunaan komputer dalam pengajaranmenulis karangan memberi kesan positif terhadap pencapaian pelajar.

Menurutkajian Hasliza Hashim, Siti Munira Mohd Nasri dan Zarina Mustafa (2016),kemahiran TMK dalam kalangan guru menjadi penghalang kepada pelaksanaan FrogVLE di sekolah. Beliau mendapati masih terdapat ramai guru kurangmengintegrasikan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, para gurumasih belum mahir dalam mengakses portal, menyediakan bahan pengajaran danmemproses maklumat melalui laman web dan tidak mempunyai kemahiran untuk mengendalidan memanipulasi alatan. KajianNorazila (2008) mendapati latar belakang guru, sikap dan keprihatinan gurumenjadi faktor yang mempengaruhi guru dalam penggunaan teknologi dalampengajaran. Kajian Siti Fatimah Ahmad & Ab.Halim Tamuri (2010) menunjukkansebanyak 60.

7% guru   j-QAF sangat bersetuju bahawa penggunaanmultimedia sebagai BBM dapat menghasilkan pembelajaran pelajar dengan lebihberkesan berbanding pengajaran secara tradisional. Menurut kajian lankshear& Knobel (2003) dan Marsh (2004) menyatakan bahawa kemudahan TMK dankomputer memberi kesan yang baik sekiranya mempunyai kemahiran dan kecekapanmenggunakan teknologi tersebut. Kajian Abdul Rahman (2000) juga menyatakankurang pengetahuan dan kemahiran menggunakan TMK menjadi faktor guru kurangmenggunakan teknologi di dalam kelas. Sementara kajian Haji Ahmad (2008) jugamendapati sikap menggunakan kemudahan dan kemahiran TMK guru mempunyaiperkaitan yang positif.  YahyaOthman dan Roselan Baki (2007), menjalankan sebuah kajian mengenai aplikasikomputer dalam pengajaran bahasa yang melibatkan 87 guru BM di sekitar daerahHulu Langat, Selangor. Kajian tersebut membuktikan bahawa tahap penggunaankomputer dalam pengajaran adalah rendah iaitu min 2.67. Selain itu, kajian inijuga membuktikan kebanyakkan guru mempunyai minat yang sederhana (min 3.

14)untuk menjalankan kelas menggunakan komputer. Menurut kajian Chung, Hui Ching,Melvina dan Jamaludin Badusah (2010), guru-guru yang tidak pernah menghadirikursus TMK mempunyai sikap yang negatif dan sederhana dalam menggunakan TMKsemasa proses pengajaran dan pembelajaran.  Dapatanhasil kajian Sidin dan Mohamad (2007) membuktikan mempunyai perbezaan yangsignifikan terhadap pencapaian pelajar mengikut pendekatan konstruktivismemelalui pembudayaan TMK. Hasil kajian juga membuktikan hasil kerja pelajar yangdiajar menggunakan pendekatan konstruktivisme melalui pembudayaan TMK adalahlebih baik dari sudut reka bentuk, susun atur, pilihan warna dan fungsinyaberbanding pelajar lain. Ia disokong dengan kajian Andin (2006) yangmenunjukkan kumpulan rawatan yang menggunakan komputer secara signifikan lebihbaik min skor ujian pasca berbanding kumpulan kawalan. Dari segi gender,kumpulan rawatan pelajar lelaki mahupun pelajar perempuan mendapat min skor ujianpasca yang lebih tinggi daripada kumpulan kawalan pelajar lelaki dan jugaperempuan.

 Tambahanpula, kajian Noor Azean Bt Atan dan Beatrice Andrew (2010) menunjukkan tahappenggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran oleh guru-guru pelatih Fakultipendidikan semasa latihan mengajar adalah tinggi dan menyatakan sumber TMK yangsering digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah internet dankomputer. Hasnuddin Bin Ab Rahman, Norfaizuryana Binti Zainal, Nor AzzarahtonBinti Ab Karim (2015) menjalankan suatu kajian bertajuk keberkesanan penggunaanTMK di dalam PdP Pendidikan Islam dengan seramai 16 orang guru sebagai sampelkajian. Kajian tersebut membuktikan TMK dalam pengajaran Pendidikan Islammeningkatkan keberkesanan pengajaran adalah tinggi dengan skor min sebanyak4.43. Kajian ini juga menyatakan penggunaan TMK dalam pengajaran dapatmemotivasikan murid di dalam pengajaran Pendidikan Islam dengan skor minsebanyak 4.41. Irfan Naufal Umar dan Mohamad Tarmizi Mohd Yusoff(2013) menjalankan sebuah kajian dengan menggunakan 2661 orang guru sebagaisampel kajian untuk mengaji tahap kemahiran guru dalam TMK dan impaknyaterhadap pengajaran dan pembelajaran.

Kajian tersebut membuktikan guru-gurumempunyai kemahiran asas TMK yang tinggi dengan skor min sebanyak 3.13.Manakala, para guru mendapat skor min sebanyak 2.31(sederhana) dalam kemahiranTMK tahap yang lebih tinggi.

 2.1.2       Implikasi Tehadap Kajian Daripadakajian yang dijalankan didapati TMK telah memainkan peranan yang penting dalammeningkatkan pencapaian para murid dalam matapelajaran tertentu. Selaindaripada itu penggunaan TMK juga dapat memberi peluang kepada para guru supayadapat meningkatkan kemahiran yang ada pada diri sendiri sebelum ini. Merekajuga dapat merancang proses pengajaran yang lebih baik dan sistematik denganmenggunakan TMK dan ia dapat membantu mereka untuk mencapai objektif pelajaran.Hal ini dapat dibuktikan melalui kajian Sandra Rahman et al.

(2013) yangmenyatakan bahawa guru-guru bersetuju 93% terhadap penggunaan komputer dapatmembantu murid memahami pelajaran dan menarik minat murid untuk belajar. Selainitu, 78% para guru bersetuju bahawa penggunaan komputer sememangnyamenyenangkan urusan pengajaran. 2.2 Penilaian  Dalam prosespengajaran dan pembelajaran aspek penilaian menjadi aspek yang paling pentingdan juga harus dititikberatkan. Ia bukannya semata-mata dijalankan melaluiujian dan peperiksaan sahaja, malah ia boleh dilaksanakan dalam prosespengajaran dan pembelajaran juga. Kemajuan dan potensi seseorang murid dapatdikumpul melalui maklumat yang diperoleh daripada penilaian tertentu. Gay(1985) berpendapat bahawa penilaian ialah suatu proses sistematik semasa mengumpuldan menganalisis data bagi memastikan atau menentukan sama ada objektif yangtelah ditatpkan itu tercapai ataupun tidak.

Hal ini dapat membantu guru untukmembuat pertimbangan yang tepat berhubung dengan proses pengajaran danpembelajaran dijalankan oleh mereka.                        Sistem Pendidikan di negara kitamempunyai matlamat yang spesifik iaitu memenuhi keperluan masyarakat dan Negarake arah melahirkan insan yang seimbang dari segi Jasmani, Emosi, Rohani,Intelek dan Sosia (JERIS), berketerampilan, berakhlak mulia serta berilmu. MenurutMak Soon Sang (1988) mengikut matlamat tersebut sistem pendidikan menetapkansatu standard yang dapat diguna pakai dan diaplikasikan dengan jayanya dalamsistem pendidikan negara (Mak Soon Sang:1988). Selain itu, penilaian jugamenjadi ‘kayu ukur’ bagi meyukat keberkesanan Kurikulum Standard Sekolah Rendah(KSSR) dalam melahirkan murid yang seimbang dalam segenap aspek yangdiinginkan.

Kecemerlangan sistem penilaian dan peperiksaan akan dapatmeletakkan negara pada arus yang betul untuk merealisasikan objektifTransformasi Nasional 2050 (TN50) dengan lahirnya generasi yang berwibawa danseimbang dalam semua aspek kehidupan. Ujian juga menjadi satu prosedur yangsistematik untuk memerhati tingkah lagu seseorang indidvidu Cronbach (1970). 2.2.

1       Definisi penilaian Penilaian adalahsuatu istilah yang boleh didefinisikan dengan pelbagai cara. Penilaian bolehdiklasifikasikan sebagai pertimbangan profesional atau sebagai satu proses yangmemberi peluang kepada seseorang individu untuk membuat pertimbangan tentangkebaikan atau menilai sesuatu. Penilaian juga boleh dijelaskan sebagai satuproses sistematik yang dapat digunakan untuk mengumpul, menganalisis danmenginterpretasi maklumat bagi menentukan sejauh manakah seseorang murid mencapaiobjektif yang ditentukan oleh guru matapelajaran.             Penilaian adalah suatu proses yangdilaksanakan untuk mendapatkan maklumat yang akan digunakan untuk membuatpertimbangan serta keputusan pada akhir setiap proses pengajaran danpembelajaran (Terry D. TenBrink, 1974:8). Menurut Kamus Dewan (1994:930),penilaian merupakan perbuatan atau perihal, menilai dan menaksir.

Ia disokongdengan pendapat Abu Bakar Nordin (1990:4), iaitu penilaian boleh dianggapsebagai suatu proses yang berterusan yang membantu kita untuk mendapatkanmalumat semula dengan tujuan supaya penggubahan kepada murid dalam aspekpemikiran, perasaan dan tingkahlaku dapat dilakukan dengan sempurna. Prosespenilaian membabitkan banyak perkara seperti ujian, peperiksaan, pengukuranyang dilaksanakan atas tujuan untuk melihat kemampuan seseorang murid menguasaiapa yang diajar oleh guru dan juga apa yang dipelajari di dalam kelas. Menurutpandangan Phopham (1975) mengatakan penilaian yang sistematik haruslahmempunyai satu tafsiran yang formal tentang isu dan nilai fenomena pendidikan.  Proses penilaian ini amat penting bagimengetahui kelebihan dan kelemahan dalam proses pengajaran dan pembelajaranselain memastikan para murid tidak tergelincir daripada sukatan mata pelajaranyang telah ditetapkan oleh Kemeterian Pendidikan Malaysia.