HALATUJU (menurut undang-undang peraturan-Nya); dan Dialah jua Yang

HALATUJUPOLITIK MELAYU DAN ISLAM PASCA PRU14Oleh:Solehah binti Muhamad Rezali Tidakdapat disangkal, politik mempunyai peranan sejarah yang signifikan dalamperjalanan kebangkitan sesebuah negara bangsa.

Jatuh dan bangunnya sesebuahnegara bangsa sangat bergantung kepada halatuju kepemimpinan dan politiksemasa. Namun, perkembangan dan kemelut politik negara secara langsungmenunjukkan kepimpinan yang sentiasa berdepan dgn konflik yang seperti tidakkunjung noktah. Kupasan tajuk halatuju politik Melayu dan Islam membuka ruangperbahasan akan peran yang harus dimainkan oleh gerakan parti-parti  “Dan Kami tidak mengutuskan seseorangRasul melainkan dengan bahasa kaumnya supaya ia menjelaskan (hukum-hukum Allah)kepada mereka. Maka Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurutundang-undang peraturan-Nya), juga memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yangdikehendaki-Nya (menurut undang-undang peraturan-Nya); dan Dialah jua Yang MahaKuasa, lagi Maha Bijaksana” (Surah Ibrahim ayat 4).

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

 Petikanayat Al-Quran di atas menerangkan peranan dan tuntutan agama Islam dalamkepimpinan dan hubungkaitnya dengan perlantikan pemimpin setempat untukkeharmonian. Wajar untuk masyarakat melihat politik sebagai wadah memperkukuhkekuatan Islam di negara ini. Ikatan unik antara Melayu dan Islamdiabadikan secara jelas menerusi sejarah dan perlembagaan, disokong teguh oleh tokohhebat, YM Tan Sri Prof. Syed Muhammad Naquib Al-Attas dalam karyanya, Islamdalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu. Islam jua yang memperkenalkan dunia Melayukepada budaya ilmu dan pemikiran hikmah yang menolak fahaman tahyul dan mitos.

Islam jua yang memperkenalkan dunia Melayu kepada dunia luar, baik Timurmahupun Barat, sehingga memungkinkan bangsa Melayu mengadun, menempa danmembina sebuah kesultanan yang cukup masyhur dalam sejarah. Islamlah juga yangmenyempurnakan fahaman keperibadian sendiri, mengemaskinikan ‘FahamanKebangsaan Melayu’ dan menjadi faktor pemersatu (the unifying force)orang-orang Melayu di rantau ini.Kekuatanjati diri masyarakat Melayu bergantung pada kekuatan akidah dan sejauh manaindividu tersebut berfikir dan beramal dengan akidah dan keimanannya terutamamengenai perkara-perkara asasi tentang ketuhanan, alam, kehidupan dan manusia.  Sehubungan itu, bangsa Melayu adalah bangsayang amat rapat dengan Islam dan Islamlah yang menjadi ciri kekuatannya.

Cubaanuntuk menguatkan orang Melayu dengan unsur-unsur lain selain Islam hanya akanmelemahkan orang Melayu. Bangsa Melayu juga adalah bangsa yang tidak mudahuntuk mengalah demi mempertahankan keislamannya. Persoalanbesar, sudah kukuhkah kedudukan orang Melayu pada hari ini? Jika tidak kukuh,di manakah kedudukan bangsa Melayu kini? Jika tidak kukuh juga, bangsa manayang boleh kita harapkan untuk membela perjuangan Islam di rantau ini?  Jawapannyaialah, hasrat untuk mengangkat kesatuan umat Melayu sebagai prasyaratkebangkitan Islam wajar untuk dijadikan hasrat bersama terutama pasca pilihanraya umum 14. Jika sebelum kemerdekaan, umat Melayu mampu bersatu berjuangmenuntut kebebasan daripada cengkaman penjajah, melalui tokoh-tokoh sepertiDato’ Bahaman, Dato’ Maharaja Lela, Tong Janggut dan Mat Salleh, mengapa tidakhari ini diteruskan perjuangan kita atas nama Melayu dan Islam.

Justeru,kesatuan dan tahaluf antara gerakan-gerakan serta parti-parti politik MelayuSangat Perlu Demi mengangkat dan menjaga agama Islam serta nilai-nilaiNya.Meski proposal untuk membina kerjasama perpaduan antara proksi Melayu dilaungsentiasa, namun ianya masih belum tertunai sehingga hari ini.Walaubagaimanapun, cadangan ini tidak mustahil untuk dapat dijalinkan walaupunsedikit mengambil masa, yang penting untuk kemaslahatan majoriti. Argumenminoriti mengenai kebajikan agama lain di bawah kepiminan melayu dan islamterbukti ternafi semasa insiden banjir dan tanah runtuh di Pulau Pinang,apabila masjid menjadi pusat perlindungan sementara buat golongan bukan Melayudan bukan Islam. Hal ini menjadi simbol dan menzahirkan keterbukaan Islam dalamaspek ihsan dan keutamaan untuk keharmonian sejagat. Kerjasama yang jitu perludibentuk dengan kerjasama semua pihak, merentas kaum dan bangsa, bagimemastikan keberjayaan dalam membina kekuatan dan menjaga kebajikan rakyat.Justeruitu, jika parti bukan Islam dan parti Islam mampu bekerjasama untuk mengatasiisu kebajikan dan kemanusiaan seumpama ini, adalah tidak mustahil bagi sesama partipolitik Islam, berjabat tangan dan menyahut seruan kerjasama untuk kemaslahatanyang lebih dari sekadar isu kemanusiaan, yakni keberjayaan kepimpinan secaratotal.

Kesepakatan umat Melayu menjadi harapan pendaulatan agama Islam danpelaksanaan nilai-nilai Islam dalam kehidupan sejagat. Wassalam. “MELAYUSEPAKAT, ISLAM BERDAULAT””MEMBINANEGARA, MEMAKNAI ISLAM”