Jangkawaktu Berbekalkan dengan fahaman komunis semasa berada di

Jangkawaktu 1963 sehingga 1974 merupakan jangkawaktu yang kritikal di Bahagian Pertama, Sarawak kerana berdepan dengan ancaman komunis. Oleh kerana, keadaan yang berlaku di Bahagian Pertama, Sarawak dianggap “Vietnam Kecil” kerana menghadapi ancaman komunis. Perkembangan fahaman komunis di Sarawak adalah bermula dengan kedatangan pelarian orang Cina yang lari daripada Negara mereka. Berbekalkan dengan fahaman komunis semasa berada di negara asal, orang Cina di Sarawak telah menyebarkan fahaman tersebut kepada penduduk di Sarawak terutamanya di Bahagian Pertama, Sarawak.

Begitu juga, apabila rancangan penubuhan Malaysia 1963 diuar-uarkan menyebabkan negara jiran iaitu Indonesia, Brunei dan Filipina menolak rancangan tersebut kerana penubuhan Malaysia. Brunei membantah penubuhan Malaysia sehingga melancarkan Pemberontakan Brunei 1962 yang dipimpin oleh A.M Azahari.

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

 Manakala, Konfrontasi Indonesia yang dilancarkan pada tahun 1963 telah memberikan tekanan lagi kepada penubuhan Malaysia kerana pengganas-pengganas komunis daripada Partai Komunis Indonesia yang berpangkalan di perbatasan Malaysia dan Indonesia mengambil kesempatan untuk menyusup ke Sarawak terutamanya di Bahagian Pertama, Sarawak melalui sempadan untuk melancarkan gerakan komunis. Walhal demikian, Sarawak dijadikan sebagai premis untuk menggerakan gerakan komunis. Sekiranya tidak dibendung oleh kerajaan, Sarawak boleh jatuh ke tangan komunis dan ini mengakibatkan kredibiliti Malaysia terjejas. Oleh hal yang demikian, asas utama yang ditekankan adalah aspek keselamatan di Sarawak terutamanya di Bahagian Pertama, Sarawak. Pertapakan fahaman komunis di Sarawak bermula di Bahagian Pertama, Sarawak apabila terdapat pelarian dari Negara China yang datang dan menetap di Sarawak. Pelarian Cina tersebut merupakan mereka yang lari semasa pergolakan politik yang berlaku di Negara China iaitu apabila rampasan kuasa berlaku di antara puak Kuomintang dengan parti pimpinan Chiang Kai Shek. Keadaan tersebut menyebabkan pengikut-pengikut Kuomintang diburu dan segelintir daripada lari ke Sarawak dan membawa fahaman komunis tersebut.

Semasa awal pertapakan pengikut komunis di Sarawak, mereka belum menyebarkan fahaman komunis. Namun, keadaan tersebut berubah apabila terdapat ramai orang Cina berhijrah ke Sarawak. Begitu juga, terdapat orang Cina yang bekerja sebagai pelombong. Bong Kee Chok di Kalimantan telah berhijrah ke Sarawak. Selain aktiviti melombong, orang Cina turut terlibat dalam aktiviti seperti menjalankan perdagangan dan pertanian. Penglibatan orang Cina dalam kegiatan ekonomi menyebabkan mereka menetap secara terus di Sarawak. Kedatangan pelarian Cina di Sarawak telah membawa kepada penyebaran fahaman komunis.

Pelarian Cina tersebut menyebarkan fahaman komunis terhadap penduduk terutamanya orang Cina. Keadaan tersebut menyebabkan ramai orang Cina yang terlibat dengan kegiatan komunis. Namun terdapat segelintir orang Cina yang tidak terpengaruh dengan desakan komunis untuk menjadi sebahagian daripada ahli Parti Komunis Sarawak. Penyebaran komunis pada peringkat permulaan hanyalah disebar kepada ahli-ahli terdekat sahaja dan secara bersembunyi. Setelah mampu memberi keyakinan terhadap ahli-ahli baru, komunis memulakan dakyah mereka secara terbuka dengan mengadakan kelas-kelas atau membentuk sebuah kumpulan Hsueh-Hsih yang melibatkan beberapa orang ahli baru. Dalam kumpulan Hsueh-Hsih, ahli-ahlinya terdiri daripada seorang ketua dan beberapa ahli yang baru. Ketua mereka merupakan di antara pemimpin atau pengajar yang memimpin sesebuah kumpulan Hsueh-Hsih.

Dengan adanya kumpulan belajar, dakyah komunis disebar dengan bentuk pembelajaran yang menggunakan bahan-bahan bacaan daripada Negara China. Hal ini kerana, untuk menjadi seorang komunis yang memegang fahaman komunis, ahli baru haruslah mempelajari fahaman komunis dengan merujuk kepada bahan bacaan yang wajib dibaca. Komunis mengambil pendekatan secara lembut dalam menyebarkan fahaman komunis agar ahli-ahli komunis mudah untuk memahami fahaman komunis. Dalam usaha menyebarkan dakyah komunis di Bahagian Pertama, Sarawak, komunis telah melancarkan pemberontakan yang pertama iaitu pada 5 Ogos 1952 di Batu Kitang Kuching.

Insiden tersebut merupakan insiden pertama yang berbentuk kekerasan dan mengundang ancaman keselamatan terhadap penduduk di Bahagian Pertama, Sarawak. Kekuatan yang mereka peroleh semasa melancarkan pemberontakan di Bahagian Pertama Sarawak merupakan hasil daripada latihan ketenteraan yang dijalani oleh ahli komunis di Kalimantan, Indonesia. Berikutan dengan insiden yang dicetuskan oleh Parti Komunis Sarawak, kerajaan telah mengisytiharkan darurat di kawasan Bahagian Pertama, Sarawak. Insiden yang dicetuskan oleh komunis merupakan amaran kepada pihak kerajaan bahawa pengaruh komunis semakin menular di Bahagian Pertama Sarawak. Hasil daripada dakyah komunis yang dilakukan di Bahagian Pertama, seramai 50,219 ahli yang mendaftar sebagai ahli Parti Komunis Sarawak pada tahun 1963. Ahli-ahli Parti Komunis Sarawak terdiri daripada majoriti adalah orang Cina dan diikuti oleh orang sebilangan kecil orang iban. Berikutan dengan ahli komunis yang ramai, komunis berpendapat bahawa mereka mampu merampas tampuk pentadbiran negeri Sarawak. Hal ini kerana, kedudukan Sarawak pada peringkat permulaan memegang tampuk pemerintahan oleh anak Sarawak sendiri masih berada dalam peringkat permulaan, Parti Komunis Sarawak melihat bahawa situasi tersebut sebagai batu loncatan kepada mereka untuk merampas pucuk pimpinan pentadbiran Sarawak ke tangan mereka.

Dalam perjuangan revolusioner mereka, komunis bercita-cita untuk menjadikan Sarawak sebagai sebuah kerajaan republik komunis. Bukan itu sahaja, Parti Komunis Sarawak juga bercita-cita menyebarkan dakyah komunis mereka ke Brunei. Komunis mengambil kesempatan terhadap situasi politik yang berlaku di Sarawak dengan melancarkan pemberontakan dan berusaha untuk merampas pucuk pentadbiran negeri Sarawak. Komunis turut menggunakan isu pembangunan dan ekonomi dalam menarik sokongan penduduk tempatan. Hal ini kerana, semasa pendudukan Jepun di Sarawak, sumber ekonomi dan kemudahan awam yang disediakan telah dimusnahkan oleh Jepun. Untuk bangkit daripada kejatuhan tersebut, Sarawak berhadapan dengan tahap yang sukar apabila tiada pemimpin yang mampu membawa Sarawak maju kehadapan. Namun, selepas Jepun menyerah kalah, Sarawak diletakkan di bawah pemerintahan British yang mempersiapkan Sarawak untuk memegang tampuk pentadbiran sendiri.

Sarawak telah bersama-sama membentuk Malaysia pada tahun 1963 dan melalui fasa-fasa melaksanakan pentadbiran sendiri. Keadaan tersebut menyebabkan Parti Komunis Sarawak mengambil kesempatan untuk memanipulasi keadaan dengan memperjuangkan perjuangan untuk menjadikan Sarawak sebagai kerajaan republik komunis. Parti Komunis Sarawak menggunakan isu pembangunan dan ekonomi untuk mengumpan penduduk tempatan dengan menabur janji-janji seperti memberikan kesenangan hidup dan peluang pekerjaan terhadap penduduk tempatan. Isu pembangunan dan ekonomi telah menyebabkan segelintir penduduk tempatan tertarik dengan isu-isu yang cuba disampaikan oleh Parti Komunis Sarawak.

Penglibatan segelintir penduduk tempatan dalam Parti Komunis Sarawak adalah rata-ratanya terpengaruh dengan janji-janji palsu yang ditabur oleh komunis.